Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Foto – Intake 1 (Minggu 11)

8 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2025, peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Foto yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-11 ini bertujuan untuk mempelajari tentang videografi .

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu sebelumnya. Pada minggu ini, peserta telah diterangkan mengenai definisi videografi menggunakan smartphone, kelebihan menggunakan smartphone dalam videografi, peralatan asas untuk videografi menggunakan smartphone, aplikasi yang sesuai digunakan dalam penyuntingan video di smartphone, cabaran dan penyelesaian dalam videografi smartphone serta tips tambahan untuk videografi smartphone yang lebih professional.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali